Kisah Reynhard Sinaga

Buat pertama kali mugshot Reynhard Sinaga yang ditahan pada tahun 2017 didedahkan media pada 4 Oktober 2021. Kedua belah matanya lebam dan mukanya luka selepas mangsa terakhir bertindak memukul dan melarikan diri dari menjadi mangsa pemerkosaannya. 

Sinaga yang dipercayai menyerang secara seksual lebih 200 orang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun lalu. Walaupun polis yakin mangsanya melebihi 200 orang namun hanya 48 orang mangsa berjaya dikenalpasti. Sinaga sebelum ini tiba di Britain pada tahun 2007 untuk melanjutkan pelajaran di Manchester University. 

Dari segi luaran, Sinaga kelihatan sama seperti lelaki normal lain dan seorang yang baik sehinggalah pada Jun 2007, mangsa terakhirnya, seorang pemain ragbi telah berjaya melarikan diri dari kediamannya selepas bergelut dan memukulnya sebelum menghubungi talian kecemasan menggunakan telefon bimbit Sinaga. 

Mangsa mendakwa dia dirogol dan dia terpaksa memukul Sinaga beberapa kali kerana lelaki itu tidak mahu melepaskannya. 

Saya terpaksa. Saya tahu ianya ganas tetapi saya terpaksa memukulnya beberapa kali supaya dia berhenti menyerang saya, berada di atas saya.

Mangsa yang hanya di kenali sebagai Peter menceritakan, dia yang tersedar dalam keadaan mabuk dan separuh bogel mendapati Sinaga berada di atas belakang badannya tanpa seluar. Mereka kemudiannya bergelut sebelum Sinaga mula menjerit, 'Penceroboh! Penceroboh!' Dia yang cuba mempertahankan diri akhirnya memukul Sinaga hingga lelaki itu tidak sedarkan diri.

Sinaga ditemui di lantai bilik mandi rumahnya di Princess Street, Manchester dalam keadaan berlumuran darah. Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sementara Peter ditahan polis. Telefon bimbit Sinaga yang digunakan Peter untuk membuat panggilan telah diserahkan kepada polis.

Semasa polis meminta kata laluan telefon bimbitnya, Sinaga memberi kata laluan yang salah beberapa kali. Namun selepas Sinaga memberi kata laluan yang betul, polis akhirnya menemui rakaman jijik Sinaga merogol mangsa-mangsanya yang mana menurut polis jika tiada rakaman video tersebut, mungkin kejahatan Sinaga tidak akan pernah terungkap. 

Salah seorang mangsanya, Daniel, menyatakan dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi padanya sehinggalah penyiasat datang kepadanya dan menunjukkan bukti rakaman dan juga gambar. Dia sudi kehadapan untuk dokumentari BBC bertajuk 'Catching a Predator' semata-mata mahu membantu mangsa Sinaga yang lain. 

Untuk menyatakan saya telah diperkosa adalah sesuatu yang sangat sukar. Hati saya hancur. Saya akui itu adalah saya. Lihatlah tatu saya. Ada sedikit rasa lega kerana akhirnya saya tahu apa yang berlaku pada saya tetapi ini bukan kelegaan yang saya mahukan. Awak boleh lihat saya koma. Saya seperti mati. Ketika saya tersedar saya berada di sofa, berpakaian lengkap. Saya tidak ingat apa-apa. Kemudian saya melihat kaki seseorang berjalan mundar-mandir dan saya kaku. Saya tidak pernah dapat menjelaskan ke mana saya 'pergi' pada pasangan saya.

Semua mangsa Sinaga yang dibawa pulang ke rumahnya telah diberikan minuman yang disuntik dengan GHB (gamma-hydroxybutyrate) sebelum dia menyerang mereka. Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudiannya dirogol bahkan ada yang dirogol berkali-kali dan Sinaga bertindak merakam aksi kejinya itu. Kebanyakan mangsanya dibawa pulang atas dasar pertolongan dan minum bersama. 

Smentara itu, ramai mangsanya berharap Sinaga akan menderita atas perbuatannya. 

Saya tidak akan pernah melupakan hari polis datang kepada saya. Saya tidak tahu mengapa mereka perlu bertemu saya, tetapi apa yang boleh saya katakan saya hancur semasa mendengar saya adalah mangsa pemerkosaan setelah dibius dan aksi itu difilemkan seorang lelaki, dan sekarang saya tahu pelakunya adalah Sinaga.

 

Saya seperti mahu mati, saya sangat terkejut, terasa dikhianati, dan saya sangat marah. Tindakannya jijik dan saya takkan mampu memaafkannya. 


Saya berharap sesuatu yang buruk akan berlaku padanya. Saya ingin dia merasa sakit dan menderita seperti yang saya rasakan. Dia telah menghancurkan sebahagian dari hidup saya. 

 

Saya harap dia tidak akan pernah keluar dari penjara dan membusuk di dalam neraka. 


Saya tidak pernah berhadapan dengan pengalaman buruk seperti ini dalam hidup saya dan saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasinya. Saya telah didiagnosis dengan depresi dan diberikan ubat antidepresi. Saya juga mula menghadiri kaunseling.

Ramai dari mangsa-mangsanya menolak untuk melihat rakaman video mereka sewaktu didatangi polis kerana itu sesuatu yang sangat menyakitkan emosi dan mereka juga tidak bersedia untuk menceritakan tragedi itu kepada keluarga mahupun rakan mereka. 

Sementara itu, seboleh-bolehnya Sinaga mahu melepaskan diri. Katanya, hubungan seksual itu dilakukan atas dasar suka sama suka bukannya pemerkosaan. Dia turut menegaskan yang dia tidak memberi apa-apa suntikan kepada mangsa-mangsanya. Walhal dari video yang dirakamnya menunjukkan mangsa nampak tidak bermaya bahkan sebahagian mangsanya tidur lena dan berdengkur. 

Sinaga kemudiannya menyatakan mangsa-mangsanya telah bersetuju untuk melakonkan fantasi seksual dengan berpura-pura tidak bergerak sedikit pun. Dia seterusnya mendakwa mangsa yang datang kepadanya bukan dia yang mencari mereka. Namun rakaman CCTV menunjukkan Sinaga kerap keluar lewat malam dari rumahnya dan pernah berlaku dia kembali bersama seorang lelaki muda dalam masa hanya 60 saat. 

Sinaga yang digambarkan sebagai narsisis dan psikopat oleh penyiasat dan dilabel sebagai penjenayah yang sangat berbahaya, licik dan penipu oleh hakim, akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Dia kini menjalani hukumannya di HMP Wakefield, penjara yang dikenali sebagai 'Monster Mansion.

HMP Wakefield di kenali sebagai 'Monster Mansion kerana sebilangan besar pembunuh dan pelaku seks yang terkenal dipenjarakan di sana. Sinaga akan berada di penjara bersama perogol Black Cab John Worboys, pedofil Ian Watkins, Jeremy Bamber serta Charles Bronson yang di kenali sebagai Britain most violent prisoner.

Nota : Untuk pengetahuan korang, Sinaga berasal dari Indonesia dan dia datang dari keluarga kaya yang tinggal di perumahan elit Depok. 


Post a Comment

0 Comments