Kisah Bunda Maya : Dibunuh Kerana Tagih Hutang


Pada 1 November 2020 sekitar jam 8 malam, Athiqotul Masha atau lebih di kenali sebagai Bunda Maya, 28, telah pulang lebih awal dari masjid berdekatan rumahnya di Cibinong, Bogor. Ketika itu di masjid masih berlangsung majlis maulid Nabi Muhammad SAW. Bunda Maya pulang bersama 2 orang anaknya manakala suaminya, M Kurniawan, masih di masjid kerana tugasnya sebagai pengacara majlis belum selesai.

Saat Bunda Maya pulang ke rumah, suami pembantu rumahnya bernama Karyo, 39, telah melihatnya. Rasa sakit hatinya membuak-buak. Dendam perlu dilunaskan. Memang betul dia berhutang Rp1 juta dengan wanita itu dan berjanji mahu membayarnya semula dalam masa seminggu tetapi dia masih belum punya wang. 

Tindakan Bunda Maya yang menagih hutang berkali-kali membuatkannya sakit hati dan berdendam. Dendamnya semakin memuncak apabila mengetahui isterinya tahu mengenai hutang tersebut. Malam Bunda Maya pulang ke rumah tanpa suami, Karyo bertindak mengintainya. Selepas kedua-dua anaknya tidur, Bunda Maya dilihat menukar baju dan mengenakan baju tidur. 

Saat itulah Karyo menyelinap masuk ke dalam melalui tingkap depan rumah tanpa menggunakan sebarang alat. Dia sangat masak dengan keadaan rumah Bunda Maya memandangkan dia memang sering datang ke rumah itu. Karyo kemudiannya memukul Bunda Maya malah leher wanita itu dipijaknya. 

Bunda Maya ada menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari Edi, jirannya. Namun Edi mengabaikannya selepas itu kerana ketika dia pergi ke dapur untuk mengamati suara tersebut, suara meminta tolong tidak lagi kedengaran. Sebenarnya, saat itu Bunda Maya telah pun nazak. Tubuh Bunda Maya seterusnya diheret ke belakang rumah. 

Penutup perigi dibuka dan Karyo menghumban Bunda Maya yang masih bernafas ke dalam perigi. Karyo kemudiannya pergi ke rumah rakannya dengan menaiki motosikal. Pukul 11 malam, Kurniawan pulang ke rumah. Pintu rumah diketuk beberapa kali namun tiada tanda-tanda isterinya akan membuka pintu yang mana akhirnya dia terpaksa memecahkan pintu untuk masuk.

Dia melihat kedua anaknya sedang tidur tetapi kelibat isterinya tidak kelihatan. Kehilangan Bunda Maya kemudiannya dilaporkan pada pihak berkuasa dan misi mencari Bunda Maya dilakukan. Bagaimanapun Bunda Maya gagal ditemui sehinggalah pada pagi Selasa 3 November 2020. Kurniawan yang membuka pili air untuk berwuduk mendapati airnya berbau busuk. Dia kemudian meminta jirannya, Mulyadi supaya memeriksa perigi. 

Ketika Mulyadi membuka penutup perigi dan menyuluh ke dalam, dia telah melihat mayat seseorang. Dari situ mereka mengetahui itu adalah mayat Bunda Maya yang hilang sejak malam 1 November. Mayat Bunda Maya yang sudah kembung serta tidak berbaju telah dikeluarkan dari perigi oleh polis dan pasukan SAR. Walaupun Bunda Maya ditemui tanpa pakaian, polis kemudiannya mengesahkan tiada serangan seksual berlaku ke atas mayat selepas laporan bedah siasat dilakukan.

Dalam keterangannya, Karyo turut menyatakan ketika dia mencampak Bunda Maya ke dalam perigi, wanita itu masih berbaju tidur. Baju mangsa yang ditemui polis di dalam perigi diambil sebagai barang bukti. Sementara itu, ketua polis dalam kenyataannya menyebut mungkin semasa Bunda Maya dimasukkan ke dalam perigi, bajunya telah tersangkut di paip dan menyebabkan baju tidurnya tertanggal. Kira-kira 26 jam selepas penemuan mayat Bunda Maya, Karyo akhirnya ditangkap polis ketika dia sedang membeli-belah di sebuah kedai runcit di Cibinong, Kabupaten Bogor. Sebelum ini, Karyo sempat berpura-pura bersedih selepas diberitahu isterinya tentang penemuan mayat Bunda Maya. Katanya,

Saya masih punya hutang Rp 1juta pada arwah yang belum saya bayar.

Tanpa Karyo tahu yang penduduk sekitar telah mula mengesyakinya kerana dia pergi ke tempat lain sewaktu Bunda Maya dilaporkan hilang. Sementara itu ketua polis menyatakan kepada media,

Suspek masuk ke dalam rumah mangsa pada malam minggu melalui tingkap. Suspek menekup mulut mangsa sehingga mangsa terjatuh. Kemudian suspek menginjak serta menendang bahagian kepala dan leher mangsa sehingga gigi depan mangsa patah. Setelah mangsa nazak, suspek membuangnya ke dalam perigi. 

Kes masih berjalan. Tapi biasanya hukuman sana krik krikkk. Paling teruk pun 15 tahun penjara. Kes penghutang bunuh pemiutang bukan pertama kali berlaku di Indonesia. Sebelum ni aku pernah buat kisah Astini yang dihukum mati kerana bunuh 3 orang pemiutang. Klik sini Astini Membunuh Kerana Gagal Bayar Hutang

Post a Comment

0 Comments