Seorang Bapa Di Rusia Dibebaskan Selepas Membunuh Rakan

Oleg (kiri), Vyacheslav (kanan)

Seorang bapa di Rusia akhirnya dibebaskan dari tahanan selepas mendapat desakan demi desakan dari orang awam. Penahanannya turut mendapat kritikan wartawan TV terkenal yang juga merupakan bekas calon presiden Rusia, Ksenia Sobchak. Katanya, 

Semua ibu bapa berdiri teguh di belakang pembunuh pedofil itu.

Sebelum ini, media melaporkan Vyacheslav M, 34, telah membunuh rakannya, Oleg Sviridov, 32, selepas melihat rakaman aksi Oleg merogol anak perempuannya ketika mereka sedang minum bersama. Oleg adalah bapa baptis anak perempuannya yang kini berusia 9 tahun dan mangsa pernah dijaga beberapa kali oleh Oleg.

Oleg yang melarikan diri selepas mengetahui tembelangnya sudah pecah, telah dikejar Vyacheslav yang mana akhirnya menikam Oleg sehingga mati. Dilaporkan, Vyacheslav telah melaporkan tentang video pemerkosaan anak perempuannya kepada polis tempatan dan mereka sudah pun mula menjejaki Oleg.

Namun Vyacheslav yang terlebih dahulu berjaya menjejaki Oleg sebelum pihak polis. Menurut Vyacheslav, dia tiada niat mahu membunuh Oleg, sebaliknya suspek sendiri yang hilang keseimbangan dan tertusuk pisau ketika mereka sedang bertikam lidah di dalam hutan berhampiran kampung Vintai.

Vyacheslav kini telah dibebaskan dari penjara dan ditahan di rumah selama dua bulan sementara menunggu siasatan lanjut. Kebiasaannya suspek kes pembunuhan tidak akan dibebaskan tetapi oleh kerana terdapat banyak sokongan serta desakan dari orang awam, termasuk wartawan terkenal Rusia, Vyacheslav akhirnya dibebaskan.

Menurut pihak berkuasa, di dalam telefon bimbit Oleg terdapat banyak rakaman lain yang menunjukkan aksinya mendera secara seksual kanak-kanak berumur 6 dan 11 tahun. Salah seorang darinya adalah anak kepada bekas teman wanitanya. Wanita itu mempunyai anak perempuan hasil dari perkahwinan pertamanya dan dia langsung tidak mengetahui yang Oleg pernah menodai anaknya. 

Berdasarkan rakaman video, polis yakin yang Oleg telah melakukan perkara keji itu selama 5 tahun sebelum terkantoi dengan Vyacheslav. Baik penduduk kampung di Vintai mahupun orang awam yang meninggalkan komen di atas talian, mereka mendesak supaya pihak berkuasa menggugurkan pertuduhan bunuh ke atas Vyacheslav. 

Dia bukan pembunuh. Dia melindungi anak perempuannya dan anak-anak kami juga.

 

Ada baiknya dia bunuh keparat itu kerana undang-undang kita hanya akan menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara atau kurang dan dia akan keluar selepas itu. 

Sementara itu, ibu Oleg menyatakan yang anaknya memang sering menjaga anak Vyacheslav dan mereka sudah berkawan lama. 

Saya tidak tahu bagaimana ini terjadi. Dia pasti mabuk. Kemungkinan besar dia mabuk. 

Mayat Oleg ditemui pihak berkuasa pada hari Khamis, selepas lebih seminggu Vyacheslav melihat rakaman penderaan seksual anaknya di telefon bimbit Oleg.

Post a Comment

0 Comments