Silvy Ayu Nugraha Maut Dibunuh Kekasih

Agung Dwi Saputro, 18, mengenali Silvy Ayu Nugraha, 23, di Solo. Kali pertama mereka berjumpa adalah di sebuah kedai makan sebelum kedua-duanya menjalin hubungan cinta. 

Kami bercinta sudah setahun lebih. Saya berjumpa dia di Solo. Saya suka dia dan dia juga suka saya. Ibu bapa saya tidak tahu yang dia hamil. Mereka tidak setuju dengan hubungan kami kerana perbezaan umur yang jauh. 

Sebelum ini, media Indonesia telah melaporkan pada 20 Ogos 2021, seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan ditemui maninggal dunia gara-gara dibunuh kekasihnya sendiri. Mangsa bukan sahaja dicekik, malah kepalanya turut dihentak ke dinding. Lebih malang lagi, dada dan perut mangsa telah diinjak berkali-kali sang kekasih sehinggakan bayi yang mangsa kandungkan hampir terkeluar dari rahim.

Pada mulanya, mangsa dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung tetapi oleh kerana banyak kesan pada tubuhnya, polis akhirnya berjaya merungkai fakta mengerikan dari kematian mangsa. Silvy yang sedang hamil bukan meninggal kerana serangan jantung sebaliknya telah dibunuh kekasihnya sendiri, Agung. 

Menurut Agung, ketika kejadian dia sedang leka menonton Youtube sebelum nekad membunuh Silvy berikutan mangsa kerap mengarahnya melakukan sesuatu. 

 Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi. Saya cekik dia, mulut dan hidungnya saya tekup, kepalanya saya hentak serta perutnya saya injak-injak. Dia suka menyuruh saya itu ini. Suruh ambilkan air, ambilkan baju malah menyuruh saya bantunya ke kamar mandi. 

Selepas membunuh mangsa, Agung keluar dari bilik sewa dan memberitahu seorang jiran bernama Anggito yang mangsa tidak sedarkan diri sekitar jam 1 petang. Namun ketika itu Anggito tidak tahu yang mangsa telah meninggal dunia sehinggalah dia datang ke bilik Agung untuk melihat mangsa. Menurut Anggito,

Saya dipanggil kekasih mangsa. Namanya Agung. Dia minta tolong, katanya mangsa tidak sedarkan diri. Saya lihat mukanya sudah hitam. Sudah meninggal. Saya terus laporkan pada Pak RT.

Ketika ditemui, mangsa dalam posisi terlentang dengan memakai baju berwarna merah. Mulutnya berbuih dan mukanya mula berubah kehitaman. Mangsa dipercayai menyewa bilik bersama kekasihnya, Agung, sejak 3 bulan yang lalu dengan bayaran Rp 500 ribu sebulan. Kepada jiran-jiran, mereka memberitahu yang mereka berdua adalah pasangan suami isteri. 

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Semarang, Irwan Anwar, suspek dikatakan berpura-pura baru terjaga dari tidur sebelum menemui mangsa yang tidak sedarkan diri. Walhal jelas di leher mangsa terdapat kesan cekikan. 

Mangsa dipercayai mati akibat lemas kerana ditekup mulutnya. Terdapat juga darah di bahagian belakang kepala, mungkin kerana dihentak ke tembok. 

Selain itu, hasil pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa telah menemui sesuatu yang mengerikan. Organ hati mangsa pecah dan kepala bayi yang dikandungkan hampir terkeluar dari rahim akibat diinjak berulang kali oleh suspek pada bahagian dada dan perut.

Dipercayai, selain bengang kerana mangsa kerap mengarahnya, suspek juga dikatakan telah berulang kali meminta mangsa supaya menggugurkan kandungan tetapi mangsa enggan yang mana akhirnya membawa kepada pembunuhan ini. Tambahan pula kedua orang tua suspek turut tidak merestui hubungan antara anaknya dengan mangsa. Jika sabit kesalahan, Agung bakal berhadapan dengan hukuman 15 atau 20 tahun penjara.

Nota : Aku jumpa satu buku tulisan seorang Peguam Jenayah. Bahasa sempoi, santai. Cuba korang baca ni, menarik wehhh! 

"Jika ingin merasai denyut nadi rakyat marhaen, jadilah peguam KRIMINAL, peguam jalanan"


Kasi klik link shopipi ni haaa

https://shp.ee/h39href - Kedai 1

https://shp.ee/zd9ursx - Kedai 2







Post a Comment

1 Comments

  1. Dari boleh hidup bebas, dah kena kurung dalam tirai besi. Muda pula tu. 20 pun belum masuk lagi. 😌😌😌

    ReplyDelete