Instafamous Miss Mercedes Morr Dibunuh

Pada Ahad 29 Ogos 2021, Mark Gagnier bersama teman wanitanya telah datang ke rumah anaknya kerana berasa bimbang setelah beberapa hari tiada khabar berita dari anak perempuannya.

Setiba mereka di sana, tiada tanda-tanda yang anaknya, Jenae Gagnier, akan membuka pintu rumah yang mana akhirnya dia nekad menendang pintu untuk masuk ke dalam rumah. Dipercayai ketika inilah Kevin Accorto bertindak menusuk pisau ke lehernya.

Mark dan teman wanita kemudiannya telah menemui mayat Jenae di bawah tangga. Pada mulanya mereka menyangka Jenae tergelincir dan terjatuh tetapi setelah mendengar suara seseorang di tingkat atas Mark tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Dia terus berlari ke arah suara tersebut dan melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih tertusuk di leher. Tanpa sempat mendapatkan sebarang penjelasan lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

Mark memandang sekeliling rumah anaknya. Rumah itu dalam keadaan berantakan, darah di merata tempat dan terdapat tulisan di dinding yang ditulis dengan menggunakan gincu Jenae. Antara tulisannya ialah,

I should have stayed in Florida, I wish I never loved her dan I was used.

Kematian Jenae sangat mengejutkan dan mereka yakin dia dibunuh oleh stalker yang obses dengannya. Untuk pengetahuan, Jenae terkenal di laman sosial instagram dengan jumlah follower hampir mencecah 3 juta orang. Selain itu, dia juga aktif di akaun OnlyFans. 

Menurut bapanya, 

Dia berada di dalam rumah anak saya, anak saya ditemui mati di lantai. Saya tidak tahu apa yang dia telah lakukan. Saya melihat di dalam bilik, ada tulisan di dinding. Terdapat darah di seluruh apartmen. Sepertinya semasa saya menendang pintu ketika itulah dia membunuh diri.

Mark turut menyatakan yang selama ini dia sememangnya sentiasa berasa risau dengan kehidupan Jenae yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Dia bimbang jika anaknya di apa-apakan.

Benda ni sangat menakutkan saya. Ada yang mengikutinya kerana benar-benar sayang padanya, tetapi akan ada juga yang gila dan obses dengannya. Saya telah memintanya berpindah rumah selama 3 kali atas sebab ini. 

 

Setakat ini, kes masih dalam siasatan. Kes Jenae mengingatkan aku dengan kes yang pernah berlaku pada pelakon popular, Sandra Bullock. Joshua James Corbett, 44, pernah memecah masuk ke dalam rumah Sandra Bullock. Panggilan kecemasan kemudiannya didail dan pelakon tersebut terselamat dari diapa-apakan. 

Pada tahun 2018, Joshua dilaporkan membunuh diri. Dia ditemui dengan banyak kesan torehan di kedua-dua lengan serta salah satu kakinya. Media usatoday ada menyiarkan gambar tulisan Joshua yang dituju pada Sandra Bullock. Seram huhu.

Post a Comment

0 Comments