Gara-gara Kuat Cemburu : Tembak Muka Bekas Teman Wanita

Selepas bertahun menanggung derita didera teman lelaki, akhirnya Jodie Dickinson, 34, nekad memutuskan hubungan. Namun serangan dari teman lelakinya, Tyrone Harvey, 32, tetap berterusan.

Kerana itu Jodie bertindak memohon non-molestation order dari mahkamah dan dia perlu hadir ke mahkamah pada keesokan harinya. Malangnya pada hari yang sama Jodie memohon perlindungan, Tyrone telah datang ke rumahnya sebelum melepaskan satu das tembakan tepat ke arah muka Jodie. 

Cerita Jodie, dia yang tertidur di sofa kemudiannya bangun membuka pintu selepas mendengar bunyi loceng. Ketika itu dia menyangka rakannya yang datang dan dia kembali memejamkan mata di sofa. 

Saya kembali ke sofa dan memejamkan mata. Tidak lama selepas itu, saya buka semula mata dan melihat rakan saya masuk diikuti Tyrone. Saya terkejut. Sepertinya dia menggunakan orang lain untuk mencari saya. Dia kemudian datang ke arah saya dan meluahkan rasa yang dia menyangka saya tidur dengan seseorang.

Perbalahan mulut berlaku dan Tyrone mendekati Jodie dengan memanggilnya jal*ng sebelum melepaskan satu das tembakan tepat ke arah muka Jodie. Cerita Jodie,

Perkara terakhir yang saya ingat ialah dia memanggil saya jal*ng sebelum saya mendengar satu bunyi tembakan dan saya merasakan adanya sesuatu tekanan di muka. Saya juga dapat menghidu bau asap seperti unggun api dibakar. Saya rasa sakit dan saya fikir saya akan mati ketika itu. Darah mengalir keluar, saya berlari dan menjerit, saya ditembak, saya ditembak, dia tembak saya!

Rakan Jodie yang mendengar teriakannya bertindak berlari ke arahnya sebelum menghubungi polis dan ambulans. Mereka seterusnya pergi ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik air sementara menunggu bantuan tetapi ketika itu Tyrone telah pun melarikan diri. 

Jodie yang dikejarkan ke hospital selepas itu telah diberikan morfin dan doktor melakukan CT scan untuk mengetahui tahap keseriusan tembakan yang dialaminya. Jodie bertuah kerana peluru berupa bola logam tidak terkena pada pada mata ataupun otaknya sebaliknya ia menembusi ke dalam tisu antara soket mata dan tulang pipi berdekatan hidungnya.

Ada dua lubang, satu lubang jelas iaitu di mana peluru menembusi kulit saya dan yang kedua adalah lubang pada hujung bibir saya. Kulit saya terbelah. Lebamnya sangat mengerikan, mata kiri saya membengkak sehingga saya tidak dapat melihat selama seminggu.

Jodie hanya menjalani pembedahan mengeluarkan peluru 2 bulan selepas kejadian berlaku setelah bengkak pada mukanya menyusut. Sementara itu, Tyrone berjaya ditangkap dan semasa perbicaraan di mahkamah, Tyrone sembang kari dengan menyatakan Jodie yang menyerangnya terlebih dahulu dengan menggunakan pisau.

Katanya, Jodie berasa cemburu kerana dia berpesta dengan wanita lain. Dia turut menuduh bekas teman wanitanya itu gila serta mengambil dadah ketika kejadian berlaku tetapi juri dengan sebulat suara telah menolak dakwaannya dan memutuskan Tyrone bersalah selepas mereka melakukan perbincangan hampir 4 jam.

Tyrone akhirnya dijatuhi hukuman 27 tahun penjara serta turut diperintahkan membayar £ 190 kepada mangsa. Walaupun Tyrone telah dipenjarakan tetapi bayang-bayang bekas kekasihnya itu masih membelenggu hidup Jodie. Dia kerap berasa takut dengan lelaki di jalanan kerana dia percaya mereka dihantar untuk membunuhnya. Sekarang, untuk berjalan seorang diri seolah-olah mustahil untuk Jodie lakukan kerana sering berasa panik di khalayak ramai.

Nota : Gambar tembakan usha kat Facebook Dang Anum eh.


Post a Comment

0 Comments