7 Kisah Penjenayah Tolol


Seorang pencuri kereta di Pretoria, Afrika Selatan, menerima habuan serta merta apabila dia terkunci selama lebih sejam di dalam kereta yang diparkir berhampiran Mahkamah Tinggi Gauteng Utara di Pretoria. 

Dia yang menyelinap masuk selepas pemilik kereta beredar telah terkunci secara automatik sebelum meminta bantuan dari orang awam dengan menyatakan dia adalah salah seorang pengawal kereta di bandar itu. 

Namun apa yang dia dapat ialah orang awam mula mengejek dan mentertawakannya. Selepas lebih 1 jam setengah, pemilik kereta yang kembali ke keretanya telah berteriak 'Kamu buat apa di dalam kereta saya?! sebelum membuka kunci. 

Suspek kemudiannya terus ditahan pegawai polis Pretoria Central yang telah lama berada di lokasi kejadian. 


Dilaporkan, seorang pencuri telah menyelinap masuk ke dalam kedai St Mary GameStop pada 13 April 2018 dan dia di lihat menyorokkan mukanya menggunakan beg plastik air mineral.

Kejadian curi itu berlaku pada pukul 1.19 pagi di Georgia Highway 40. Lelaki yang memakai T-shirt hitam serta seluar berwarna khaki di lihat berlari di dalam kedai sebelum dia lenyap dari pandangan.

Dengan mudah polis dapat memberkasnya tidak lama selepas itu. Suspek dikenali sebagai Kerry Hammond, berusia 22 tahun. Sebelum ini pihak polis telah memuatnaik gambarnya di laman sosial Facebook dengan caption “You can help us catch him, once you stop laughing.”


Walaupun sedang melarikan diri dari jenayah yang dilakukan, itu tidak bermakna dia mahu kelihatan hodoh. Donald Pugh merupakan suspek yang sedang diburu pihak polis atas kesalahan vandalisme. 

Suspek yang berusia 45 tahun itu nampaknya sangat tidak berpuas hati dengan gambarnya di dalam waran tangkap. Dia kemudiannya telah bertindak menghantar sekeping gambar selfienya berkaca mata hitam kepada Jabatan Polis Lima dengan kapsyen “Here is a better photo that one is terrible.” 


Ashley Keast, 25, bersama rakannya Anthony Hunt, 27, telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Fernleigh Drive, di Brinsworth semasa pemilik rumah itu sedang bercuti. Mereka mencuri barang elektrik, barang kemas dan juga Audi A4. Jumlah kecurian di anggarkan sekitar £ 27,000. 

Ashley kemudiannya turut mencuri kad sim dan mengambil gambar selfienya di rumah yang dipecah masuk sebelum menghantar gambar itu kepada kenalannya menggunakan aplikasi whatsapp. Tanpa dia tahu, dia telah mengirim gambarnya kepada rakan sekerja pemilik rumah. Si rakan yang berasa curiga telah melaporkan hal itu kepada pihak polis. 

Ashley hanya dapat menikmati hasil curinya kurang dari 24 jam apabila dia telah diberkas pada keesokan hari. Bersamanya terdapat jam tangan Rolex yang bernilai £ 4,000. Sebagai hukuman Ashley telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun 8 bulan manakala rakannya hanya menerima hukuman penjara selama 18 bulan.


Malang bagi Emmanuel Ankron, 23, apabila permintaan kali keduanya berakhir dengan tragedi. Dia yang sebelum ini memecah masuk ke dalam bilik seorang wanita pada jam 2.30 pagi telah mencuri televisyen, telefon bimbit serta wang tunai. Dia kemudiannya turut memperkosa wanita yang berusia 24 tahun itu. 

Menurut mangsa, dia yang ketika itu sedang tidur telah terjaga selepas mendengar seseorang memukul tingkap biliknya. Suspek yang berjaya masuk telah mencuri barang-barang dan merogolnya selepas itu. "Dia mengambil telefon bimbit dan wang. Saya merayu supaya tidak membunuh saya dan dia boleh membawa pergi semuanya

Suspek membalas rayuan wanita itu dengan menyatakan, sebelum dia pergi dia mesti mendapatkan satu lagi pusingan. Mangsa yang bengang dengan permintaan suspek telah berpura-pura melayaninya sebelum menggigit zakar suspek sekuat hati hingga berdarah.

Suspek yang kesakitan kemudiannya lari tanpa membawa apa-apa barang. Dia telah ditahan tidak lama selepas itu ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.


Seorang pesalah seks yang bernama Phillip Leece, 32 tahun, sedaya upaya ingin melepaskan dirinya dari dibicarakan atas kesalahan merogol seorang perempuan pada bulan Mac 2019, sehingga sanggup menipu dengan menyatakan dia tidak pernah merogol sesiapa sebaliknya wanita itu yang telah merogolnya. 

Selepas diikat jamin, Leece bertindak memuat naik status di akaun Facebooknya dengan menyebut nama mangsa serta mengejeknya. "Saya tidak merogol sesiapa. Paling penting adalah saya benci wanita gemuk dan saya langsung tidak tertarik kepada mereka. Saya jijik." 

Leece seterusnya berulang kali menyebut nama mangsa dan menghinanya dengan menyatakan yang mangsa terlalu gemuk untuk ditidurinya. Dalam kejadian jam 5 pagi tahun 2019 itu, mangsa yang berjalan dalam keadaan mabuk selepas keluar bersama rakannya telah didatangi Leece dengan menanyakan samaada mangsa dalam keadaan baik ataupun tidak.

Mangsa kemudiannya menyatakan yang dia tersesat dan Leece telah berpura-pura membantu dengan menunjukkan arah sebelum bertindak merogol mangsa. Walaupun dia menidakkan kejahatan zakarnya di akaun Facebook, Leece akhirnya tetap didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 11 tahun penjara serta didenda £120 selepas rakaman CCTV dan bukti DNA pada mangsa dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.


Pada tahun 2013, seorang ahli perniagaan yang bernama Tan Youhui nekad mengupah pembunuh upahan demi menyingkirkan pesaing perniagaannya, Wei. Tan bertindak demikian selepas mengetahui yang Wei mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap syarikatnya atas projek pembangunan. 

Bimbang kehilangan wang yang banyak semasa melawan kes tersebut, Tan telah mengupah seorang pembunuh upahan bernama Xi Guangan dengan tawaran $ 282,600 bagi membunuh Wei. Xi menerimanya namun dia telah mengupah pembunuh upahan yang lain bernama Mo Tianxiang dengan sejumlah wang. 

Sama seperti Xi, Mo menerimanya sebelum mengupah pembunuh upahan yang lain bernama Yang Kangsheng untuk menamatkan riwayat Wei. Yang Kangsheng bersetuju namun dia turut mencari pembunuh upahan yang lain bernama Yang Guangsheng dan mengupahnya. 

Yang Guangsheng yang menerima tugas itu bagaimanapun telah mengupah pembunuh upahan yang lain bernama Ling Xiansi. Saat tugasan itu sampai kepada Ling, kadar upah asal telah menurun dari $ 282,600 kepada $14,100. 

Selepas menerima tugasan itu, mahkamah didedahkan yang Ling bukannya membunuh sasaran sebaliknya dia telah berjumpa Wei dan menceritakan segala-galanya sebelum merancang memalsukan pembunuhan itu. 

Wei bersetuju untuk bergambar dalam keadaan mulutnya disumbat dan tangannya diikat. Gambar itu kemudiannya telah sampai ke tangan Tan manakala Wei pula bertindak membuat laporan polis mengenai plot pembunuhannya yang didalangi oleh Tan. 

Tan bersama kelima-lima pembunuh upahan telah dijatuhi tempoh hukuman penjara yang berbeza pada tahun 2019 iaitu 2 hingga 5 tahun penjara. 



Post a Comment

0 Comments