Suamiku Seorang Perempuan.

Elizabeth Rudavsky, 26, bertemu pasangannya Angelo Heddington pada tahun 2002. Elizabeth yang berkongsi minat yang sama dengan Angelo terhadap kuda kemudiannya membuat keputusan meninggalkan kekasihnya, Andy, dan berpindah masuk ke dalam rumah teman lelaki barunya.

Percintaan barunya bagaimanapun tidaklah seindah yang diharapkan. Seminggu selepas mereka tinggal bersama, Angelo mula memukulnya sehinggakan ketika pasangan itu mengadakan parti untuk mengumumkan perkahwinan mereka yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan, Elizabeth muncul dalam keadaan lebam di bahagian matanya.

Saya perlu menerangkan kepada semua orang yang saya bahagia dan bakal berkahwin, dalam keadaan mata yang lebam hitam. Tetapi saya berjaya atasi keadaan itu dengan tunjuk ajar dari Angelo.

Tidak lama kemudian, Elizabeth dimasukkan pula ke hospital dengan kondisi kecederaan yang teruk. Namun ketika itu, dia beralasan yang dia terlibat dalam kemalangan. Sementara itu, baik keluarga mahupun rakan-rakan, mereka mula khuatir dengan kehidupan yang dijalani Elizabeth.

Selain tingkah laku Angelo yang mencurigakan, tindakan Elizabeth menjauhkan diri dari kehidupan sosialnya sedikit demi sedikit serta penyusutan berat badannya yang ketara telah menyebabkan orang-orang di sekelilingnya berasa tidak sedap hati. 

Namun tiada sesiapa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan Elizabeth sehinggalah terjadinya pembunuhan Angelo pada 21 September 2002. Dengan menggunakan pisau pemotong daging 12 inci, Elizabeth dipercayai menikam suaminya sebelum Angelo disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital.

Elizabeth diberkas selepas itu dan menjadi suspek utama pembunuhan walaupun pada mulanya Elizabeth memberitahu polis, kecederaan dialami Angelo adalah kerana angkara perompak yang memecah masuk ke dalam rumah mereka. Namun Angelo yang masih sedar ketika polis tiba menjerit dan menafikan dakwaan Elizabeth. 

Dia menikam saya! Isteri saya!

Tragedi ini bagaimanapun berjaya merungkai siapa sebenarnya Angelo. Nama sebenar Angelo ialah Angela dan dia merupakan seorang wanita yang selama ini memakai zakar prostetik. 

Elizabeth kemudiannya menyatakan, dia tidak pernah melihat Angelo berbogel di bawah cahaya lampu dan sering bertegas mahu melakukan hubungan intim dalam suasana gelap. Alasannya, dia baru menjalani pembedahan rekonstruktif setelah bekas kekasihnya membakar zakarnya. 

Saya tidak pernah melihat. Gelap. 

Elizabeth turut menceritakan selama mereka menjalin hubungan, Angelo sering menderanya. Tidak membenarkannya makan makanan secukupnya semata-mata mahu dia menurunkan berat badan serta memaksanya minum air yang banyak sebelum memukulnya. Berat badannya menyusut dari 81kg ke 45kg.

Dia juga pernah dimasukkan ke hospital di Chatham gara-gara dipukul Angelo menggunakan paip logam. Selain Elizabeth, terdapat 3 orang lagi individu yang pernah menjadi mangsa penderaan Angelo. Pada bulan April 2003, perbicaraan kes telah berlangsung selama satu hari dan menyaksikan Elizabeth dibebaskan dari pertuduhan membunuh 'suami'nya, Angelo. 



Post a Comment

0 Comments