Pembunuh Bayi Zara, Hazmi Majid, Dihukum Gantung

Masih ingatkah korang dengan kes kematian bayi Zara berusia 11 bulan 3 tahun lepas? 

Semalam, 20 Ogos 2021, media Kosmo melaporkan Hazmi Majid, 39, yang merupakan suspek pembunuhan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mendera bayi itu secara fizikal dan seksual sehingga mati.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam penghakimannya menyebut, kecederaan bayi zara yang teruk di kedua-dua bahagian, luar dan dalaman menunjukkan suspek seorang yang tidak mempunyai hati nurani. Kata hakim,

Di samping mengalami pendarahan di bawah kulit kepala yang banyak, tulang tengkorak si mati yang pecah, terdapat juga bekas lebam di lengan yang menurut doktor ia adalah luka akibat gigitan orang dewasa. Lebih menyedihkan mangsa turut didera dari segi seksual dengan dasyatnya dan perbuatan kamu amatlah kejam. Apa dosa anak ini sehingga tergamak kamu menderanya dan memperlakukannya sedemikian rupa? Kamu sendiri ada anak, apa perasaan kamu seandainya anak kamu diperlakukan sepertimana kamu lakukan kepada si mati?

Sebelum ini, media Berita Harian melaporkan pada 11 November 2018, selama Zara dihantar ke rumah pengasuh, Zara dipercayai dijaga oleh suspek bukannya isteri suspek. Zara bersama abangnya berusia 5 tahun dijaga suspek selepas ibu mereka mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Bangi.

Ibu Zara mengenali pengasuh melalui Facebook yang kemudian menghubunginya sebelum menyuarakan hasrat mahu menjaga anak-anaknya dengan bayaran RM550 setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam. 

Si ibu dan pengasuh ada berjumpa seminggu sebelum Zara di hantar dan dalam perjumpaan itu pengasuh berjanji akan menjaga mereka seperti anaknya sendiri memandangkan dia juga mempunyai seorang anak lelaki berusia satu tahun 8 bulan. Lembut gigi dari lidah!

Zara kemudiannya dihantar ke rumah pengasuh dengan harapan dia dijaga dan dirawat dengan penuh kasih sayang. Namun lain yang berlaku. Kecelakaan pertama dapat dikesan apabila si ibu mendapati terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara.

Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. 

Selain lebam, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu dan sentiasa menangis. Kerana itu Zara tidak dihantar ke rumah pengasuh selama beberapa hari.

Saya dan suami membuat keputusan menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, tetapi Zara tetap juga menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada hari rabu.

Sebelum kejadian, si ibu ada menghubungi pengasuh melalui WhatsApp pada pukul 9 pagi untuk bertanya keadaan anaknya. Pengasuh menjawab Zara tidak meragam apabila bersamanya, tetapi menangis apabila melihat suaminya.

Tidak lama kemudian, si ibu mendapat panggilan telefon daripada Hospital Serdang yang memberitahu anaknya sedang tenat. Zara dihantar ke hospital oleh pengasuh dan suaminya kerana dikatakan tercekik buah epal. Selepas 2 hari dirawat, akhirnya Zara meninggal dunia pada hari jumaat dan hasil bedah siasat mendapati terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

Pada 12 November, Berita Harian menyiarkan luahan dan rasa kesal si ibu yang mahu kisahnya dijadikan sebagai iktibar kepada ibu bapa lain. Katanya, seeloknya sebelum membuat keputusan menghantar anak ke pengasuh minta pendapat jiran yang mengetahui latar belakang pengasuh terlebih dahulu. Dia tidak mahu apa yang berlaku kepada bayinya menimpa bayi lain. 

Kes yang menimpa Zara nampaknya berlaku lagi tahun ini apabila media melaporkan pada 11 Mei 2021, seorang bayi lelaki 9 bulan maut selepas diliwat suami pengasuhnya di rumah pangsa di Kelana Jaya. Terdapat kesan pendarahan dan koyakan pada dubur mangsa. Kematiannya dipercayai akibat sesak nafas kerana ditekup di bahagian mulut dengan tangan oleh suspek lelaki berusia 36 tahun. Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu. Dikatakan semasa kejadian berlaku, isteri suspek sedang mengemas rumah sementara suspek bertindak mengunci bilik bersama bayi berkenaan selama 2 jam.



Post a Comment

0 Comments