Mayat Mangsa Bunuh Dijumpai Dalam Almari

Pada Mac 2020, seorang remaja perempuan, 15, yang hanya disebut sebagai NF oleh media Indonesia telah datang ke balai polis untuk menyerah diri. Sehari sebelum itu, NF sempat memuatnaik beberapa status di laman sosial Facebooknya yang memberi gambaran tentang pembunuhan yang dia telah lakukan. Namun bagi rakan-rakan yang membaca statusnya mereka merasakan ia tidak lebih dari sekadar gurauan.

Tengah malam jumaat macam ni, kau akan bangun seperti zombie? 

 

Kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu masih berada di dalam almari bajuku. Ramai yang mencarinya termasuk pihak polis dan ketua kampung, bahkan mereka telah datang memeriksa rumahku, tidak ada yang menjumpainya, tidak ada seorang pun tahu aku pelakunya. Baik esok aku akan serah diri.

Status yang dimuatnaik bukan omong kosong kerana keesokan harinya NF benar-benar datang ke balai polis dan mengakui pembunuhan yang telah dilakukan. NF turut mengakui dia sudah lama berhasrat untuk membunuh seseorang. Jadi, kedatangan jirannya, 5 tahun, pada hari itu untuk bermain, bagai orang haus disua teh ais cincau pior. 

Menurut media, mangsa meninggal dunia kerana lemas selepas NF menenggelamkannya selama 5 minit di dalam kolah bilik mandi rumahnya. Mayat mangsa kemudiannya disumbat semalaman di dalam almari baju sebelum NF datang ke balai polis untuk menyerah diri. Mayat mangsa telah ditemui pihak polis dalam keadaan terikat dan mulutnya disumbat dengan tisu. Sementara itu NF mengakui, dia tidak menyesal sedikitpun malah berasa sangat puas dengan pembunuhan yang telah dia lakukan. Pada Ogos 2020, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun ke atas NF.

Sebelum NF dijatuhi hukuman, pendedahan demi pendedahan dirungkai media mengenai remaja perempuan ni. Selain meminati filem Chucky dan Slander Man, NF turut mempunyai koleksi lukisan penyeksaan yang dilukisnya sendiri. Antara lukisan yang didedahkan media ialah gambar seorang perempuan dalam keadaan terikat berserta ayat Keep Calm and Give Me Torture. 

Sehelai kertas juga dijumpai dengan pertanyaan serta pilihan jawapan, Mahu seksa baby? Dengan senang hati atau tidak sanggup. Lebih mengejutkan selepas kes ini diketahui umum, kisah malang yang menimpa NF turut terungkai yang mana ketika pembunuhan itu berlaku, dia sedang hamil 5 bulan. Media mendedahkan, NF telah dirogol secara berulang kali oleh 2 orang bapa saudara. Video pemerkosaannya dirakam dan dijadikan ugutan oleh bapa saudaranya supaya NF tidak melaporkan perbuatan mereka kepada sesiapa.

Selain bapa saudara, NF juga diketahui berhubungan seks bersama kekasihnya. Sebelum ini, terdapat banyak coretan luahan NF yang pada mulanya dipercayai dituju untuk bapanya namun telahan itu ternyata salah. Panggilan daddy yang ditulis bukan bermaksud bapa sebaliknya panggilan manja buat kekasihnya yang menggunakan nama samaran Kim Ahjussi di laman sosial Facebook. 

Please dad...don't make me mad, if you not want death. I will make you go to grave.

Lebih mengejutkan menurut seorang rakan, NF ada menceritakan kepadanya menerusi aplikasi Whatsapp tentang perlakukan kekasihnya yang melakukan BDSM semasa mereka berhubungan badan. 

Aku di siksa. Perut sama punggung aku di tetesin lilin 2 kali. 

Selain itu, tanpa berselindung NF turut menceritakan tentang tindakan kekasihnya yang mengikat, menggigit, mencekik, menampar serta menjambak rambutnya.

Dia suka masokis aku suka sadis jadi berbagi pengalaman.

Nota : Setakat ni, 2 orang bapa saudara serta kekasih NF sudah ditahan pihak berkuasa. 


Post a Comment

0 Comments