Kisah Melek İpek Yang Didera Suami Selama 12 Tahun Bahagian Satu

Pada petang 7 januari 2021 di Antalya, Turki, Melek İpek, seorang ibu kepada 2 orang cahayamata berusia 31 tahun dibiarkan suaminya dalam keadaan telanjang serta tangan bergari. Sekali lagi dia diserang secara fizikal dan seksual oleh suaminya Ramazan, 36. Bukan perkara baharu kerana selama 12 tahun perkahwinan mereka, İpek memang sentiasa menjadi punching bag suaminya.

Ugutan bunuh dari Ramazan membuatkan İpek akur dengan setiap tumbukan dan tendangan yang mengena pada tubuhnya selama bertahun-tahun. Namun serangan yang diterimanya kali ini tidak lagi mampu untuk İpek tanggung. Ugutan bunuh terhadap diri dan anak-anaknya sangat keterlaluan. Kerana itu dia akhirnya nekad mencapai senapang sebelum menembak mati suaminya pada 8 Januari 2021. 

Kematian Ramazan ternyata membuatkan anak-anaknya yang berusia bawah lingkungan 10 tahun tersenyum bahagia. Tubuh kecil mereka tidak akan dipukul sesuka hati lagi. Mereka juga tidak perlu menutup telinga bahkan berjaga sepanjang malam kerana risaukan ibu mereka. Paling penting, selepas ini pandangan mereka hanya akan melihat pada perkara-perkara yang indah sahaja. Tiada lagi babak si ibu yang digari tangannya tanpa baju bermain di mata. 

Sementara itu, media kedistan.net melaporkan mengenai pengakuan İpek dari mengenai tragedi pembunuhan suaminya. Ceritanya, anak-anak saya juga didera tetapi saya tidak berani melaporkan kerana saya sangat takut. Sebenarnya telah beberapa kali saya cuba untuk melaporkan tindakannya lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak pertama kami. Tetapi akhirnya membatalkan niat kerana Ramazan mengugut akan membunuh saya dan anak-anak. Katanya, 

Perintah perlindungan tidak akan menyelamatkan kau, aku akan pergi memberi keterangan dan walaupun mereka mengurung aku, aku akan membunuh kau dan anak-anak selepas aku dibebaskan. Setelah kau ku bunuh, mayat kau akan ku cincang lumat dan akan aku beri makan pada anjing sehingga tidak ada sesiapa yang tahu kau telah mati. 

Pada hari kejadian kami berada di dalam satu bilik. Dia menghantar mesej kepada saya dan menyatakan keinginannya mahu berpisah. Saya mengiyakan. Dia kemudiannya menghantar satu lagi mesej yang meminta saya pergi ke bilik lain. Tanpa sepatah perkataan saya keluar dari bilik membawa anak-anak. Dia seterusnya menghantar mesej lain untuk berbincang mengenai hak penjagaan anak. Katanya, seorang anak perlu tinggal bersamanya namun saya membantah. Saya membalas, jangan pisahkan mereka jaga kedua-duanya. Saya akan mengambil mereka semula dengan apa cara sekalipun. Begitulah kami berbincang mengenai perceraian kami tanpa mengeluarkan sepatah perkataan antara satu sama lain. 

Kemudian, sekitar jam 10.30 malam dia masuk ke dalam bilik sambil mengacukan senapang berburu yang biasanya tergantung di dinding ruang tamu. Saya merayu kepadanya supaya tidak membunuh saya dan bergerak kehadapan anak-anak untuk melindungi mereka. Dua anak perempuan saya ketika itu saling berpelukan menangis. Dengan menggunakan tangan, saya menolak senapang. Ketika itulah suami saya melepaskan satu das tembakan. Peluru menembusi cermin tingkap tetapi kami tidak tercedera.

Dia kembali mengacu senapang ke arah saya dan saya tetap merayu kepadanya agar tidak membunuh saya. Kali ini senapang diacu pula pada anak-anak kami. Dengan pantas saya memeluk mereka. Dia kemudiannya memukul kepala saya dengan senapang yang berada di tangannya. Menarik rambut saya dan mengheret ke bilik lain sebelum berterusan memukul saya di muka dan badan dengan menggunakan tangan dan kakinya. Darah yang menitik tidak dihiraukan. 

Semasa saya menjerit, dia menyuruh saya menutup mulut sambil menekan kuat leher saya. Ketika itu pandangan mata saya menjadi kabur. Kemudian, saya berjaya meloloskan diri dan lari darinya. Tetapi dia dapat menangkap semula dan kembali memukul. Saya menjerit, sekali lagi dia mencengkam kuat leher saya yang mana tindakannya itu menyebabkan pandangan mata saya perlahan-lahan menjadi kelam, kabur dan gelap gelita.

Saya hanya tersedar selepas suami menjirus tubuh saya dengan air sejuk di dalam bilik mandi. Ketika itu saya dalam keadaan tanpa seurat benang, tangan bergari serta terikat seperti posisi janin yang meringkuk. Suami mengikat leher saya pada tangan, tangan pada kaki dengan menggunakan tali nilon yang dia gunakan untuk berburu. Saya kemudiannya dapat merasakan kesakitan dari tindakannya yang merogol saya semasa saya tidak sedarkan diri. Suami? Dia yang juga dalam keadaan tanpa seurat benang, sibuk membersihkan bekas darah saya di dinding. Setelah selesai dia pergi meninggalkan saya.  

Saya masih di atas lantai bilik mandi. Dibiarkan kesejukan. Tidak lama selepas itu, suami kembali bersama pisau rambo dan meletakkan hujungnya di bawah payudara kiri saya. Dia memegang pisau dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya menekan ke bawah. Kemudian menggerakkan pisau ke setiap inci tubuh saya dan membuatkan saya merasa tajam hujung pisau. Katanya,

Aku akan membunuhmu, aku juga akan membaringkan anak-anak di sini.

Pada saat itu, saya cuma memikirkan dia akan mencederakan saya dengan pisau rambonya. Sambil menangis ketakutan saya merayu kepadanya agar tidak membunuh saya. Dia kemudian membuka gari dan ikatan tali nilon sebelum mengarahkan saya mandi. Pintu dibiarkannya terbuka luas, dia memerhatikan saya. Saya membersihkan badan, mencapai tuala dan kami masuk ke dalam bilik bersama. Ketika itu saya merasakan mungkin penderaan saya sudah berakhir. Hati saya lega. Namun...

Bersambung sini :

BAHAGIAN DUA

Post a Comment

0 Comments