Kes Sumbang Mahram Yang Berakhir Dengan Kematian Di Sukabumi


Pada 22 September 2019, 3 orang penduduk kampung yang sedang memancing di Sungai Cimandiri terlihat sesuatu tersangkut di batu. Setelah mereka amati ternyata ia adalah mayat seorang kanak-kanak perempuan dan polis segera dipanggil ke lokasi kejadian.

Hasil siasatan pihak polis, kanak-kanak itu di kenali sebagai NP, berumur 5 tahun dan merupakan anak angkat Sri Rahayu dari Sukabumi Indonesia. Mayat mangsa kemudiannya dibedah siasat walaupun pada mulanya mendapat tentangan dari ibu angkatnya yang menyatakan mangsa meninggal kerana sawan.

Namun melihat keadaan mayat mangsa yang mencurigakan, bedah siasat tetap dilakukan dan hasilnya mendapati selaput dara mangsa telah koyak dan terdapat kesan lebam di leher serta kemaluan mangsa. Sementara itu, Rahayu dilihat bersedih dan menangis dengan pemergian anak angkatnya itu.

Bagaimanapun selepas pihak polis melakukan penyiasatan rapi akhirnya skandal yang berlaku di dalam rumah mangsa terungkap. Rahayu bukan sahaja dipercayai melakukan hubungan seks bersama 2 orang anak lelakinya tetapi dia turut merelakan tubuh anak angkatnya diratah anak kandungnya yang akhirnya membawa kepada kematian mangsa.

Ceritanya, pada hari kejadian mangsa yang baru sahaja siap mandi dan bertuala telah didatangi RS, 14 tahun. RS kemudiannya menarik mangsa ke dalam bilik sebelum merogolnya. Setelah RS selesai datang pula RG, 16 tahun, melakukan hal yang sama. 

Rahayu mengetahui kejadian yang menimpa anak angkatnya tetapi dia hanya mendiamkan diri. Malah sewaktu mangsa menangis kerana kesakitan, Rahayu dan 2 anaknya bertindak memukul dan mencekik mangsa sehingga mati. 

Kematian mangsa langsung tidak menakutkan mahupun menginsafkan Rahayu sebaliknya media mendedahkan selepas kematian mangsa, Rahayu dan anak sulungnya, RG, telah melakukan hubungan seks berdekatan dengan mayat mangsa. Setelah selesai barulah mangsa dipakaikan baju dan kasut sebelum dibuang ke dalam Sungai Cimandiri dengan harapan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati lemas. 

Mengikut pengakuan Rahayu, suaminya yang 30 tahun lebih tua darinya gagal memenuhi nafsu kudanya yang akhirnya menyebabkan dia melempiaskan nafsu terhadap 2 anak kandungnya, RG dan Rs. Perbuatan keji itu dilakukan semasa suaminya keluar bekerja dan ia tidak berlaku sekali tetapi telah berlaku berulang kali.

Suami sudah tidak mampu melayan. Yang ajak berhubungan intim ya saya dulu yang ajak. Kali pertama waktu anak sedang menonton televisyen. 

Saat ditanya mengapa dia sanggup melakukan perkara itu, Rahayu menjawab, 

Tak tahu pak. Teringin aja. 

Sementara itu, RG mahupun RS mengakui mereka melakukannya kerana sering menonton filem porno di telefon bimbit. Lebih parah, mereka mengakui pernah melakukan perbuatan terkutuk itu secara threesome. Selain pengakuan ketiga-tiga suspek, turut dijadikan bahan bukti ialah seluar sukan dengan kesan air mani yang dijumpai pihak polis ketika menggeledah rumah mereka.

Pada Mac 2020, mahkamah menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara serta denda kepada Rahayu. Manakala RG menerima 7 tahun dan 5 bulan penjara. RS pula cuma perlu menjalani 1 tahun latihan kerja. 

Nota : Rasa tak apa aku rasa dengan hukuman yang diorang dapat? !تاڤير

Post a Comment

0 Comments