Perompak Yang Menjadi Hamba Seks Mangsanya

Niat di hati mahu mencuri seorang wanita, apa kan daya akhirnya diri diperkosa. 

Dalam satu kejadian, media melaporkan seorang lelaki bernama Viktor Jasinski yang berusia 32 tahun ketika itu telah bertindak memecah masuk salun rambut milik Olga Zajac, 28 tahun.

Dengan bersenjatakan pistol, Victor masuk ke dalam salun rambut di Meshchovsk, Rusia untuk melakukan rompakan. Walaupun dia berjaya mengutip semua wang, malangnya Victor tidak berjaya keluar dari salon dengan duit hasil rompakannya.

Ini kerana dia telah ditewaskan oleh pemilik salon, Olga, yang mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri, karate, dengan hanya satu tendangan. 

Dia yang terjatuh ke lantai kemudiannya telah diikat tangannya dengan wayar pengering rambut. Victor yang sudah tidak berdaya bukannya diserahkan kepada pihak berkuasa sebaliknya Olga nekad mengajar lelaki itu dengan caranya sendiri.

Tubuh Victor diseret ke dalam sebuah bilik gelap, pakaiannya ditanggalkan dan selama 3 hari lelaki itu dijadikan sebagai hamba seks. Lebih parah Olga dipercayai turut memberi Victor viagr* untuk menaikkan keinginan seksual lelaki itu selama dia dikurung. 

Penderitaan Victor yang dirogol selama 3 hari hanya berakhir selepas dia berjanji tidak akan mencuri lagi sepanjang hidupnya. Selepas dia dibebaskan, Victor yang cedera dengan kesan lebam di seluruh tubuh serta cedera di organ seksualnya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Di dalam kenyataannya kepada pihak berkuasa, Victor menceritakan yang tangannya telah digari sebelum dia dipaksa menelan viagra*. Victor kemudiannya mendakwa Olga atas kekerasan seksual.

Sementara itu Olga menyatakan kepada pihak berkuasa, 

Perompak itu yang bodoh! Ya. Kami melakukan seks berkali-kali tetapi saya tetap memberinya seluar baru, makanan dan wang sebelum dia meninggalkan salun saya.

Menurut 1news, kedua-dua mereka bagaimanapun telah dipenjarakan. 

Nota : Gambar ni tak pasti gambar asli suspek atau hanya gambar hiasan. Ada juga artikel sebut, cerita asal sedikit berbeza dengan artikel yang ditulis Dailymail dan Metro.co pada tahun 2011. Memandangkan artikel asal tak jumpa, jadi tulisan aku ni bersandarkan media Dailymail.

Post a Comment

0 Comments