Kisah Raven : Dibuang Keluarga Kandung, Disayangi Keluarga Angkat

Pada September 2020, tular di media sosial Indonesia kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang dibuang ibunya kerana terlalu nakal. Kanak-kanak yang bernama Revan itu dijumpai orang awam dalam keadaan tidak bermaya, penuh luka dan parut. Bersamanya juga terdapat sepucuk surat yang menjelaskan punca si ibu nekad meninggalkannya.

Tulisnya,

Nak, maafkan mama ya. Mama terpaksa tinggalkan kamu di jalan kerana mama sudah tidak sanggup melihat kamu menderita atau diseksa kerana kedegilan mu, setiap hari kamu buat masalah. Maafkan mama nak. Jaga dirimu baik-baik, ya.

Dipercayai, tindakan ibunya itu adalah kerana mahu melindungi Revan dari menjadi mangsa amukan ayahnya yang hanya dikenali sebagai DZ. Laporan media menyebut, pada 27 September 2020, suspek yang baru pulang ke rumah dari tempat kerja telah melihat 2 orang anaknya bengkak di bahagian mata kiri.

Dari pengakuan dua orang anak kecilnya, suspek mengetahui mangsa yang menyebabkan kecederaan tersebut. Suspek yang marah dan beremosi dengan pantas mencapai playar di atas meja sebelum menyepit jari halus mangsa. Tangisan mangsa yang mendayu sedikit pun tidak melembutkan hati suspek. 

Malah suspek bertindak lebih kejam dengan menghayunkan kerusi kayu ke punggung mangsa sebanyak 2 kali. Seterusnya, suspek mengambil semula playar dan memukul muka mangsa sehingga luka sebelum mencapai kapak di bawah meja. Suspek mengugut mahu memotong kaki mangsa jika dia keluar dari rumah. Situasi tegang itu bagaimanapun dapat dileraikan selepas ibu mangsa berjaya memujuk suspek.

Si ibu kemudiannya membawa mangsa pergi dan nekad meninggalkannya seorang diri di Desa Palas, Kecamatan Pangkalan Kuras, Riau. Kanak-kanak malang itu seterusnya ditemui orang awam sekitar jam 9 malam dalam keadaan sugul dan tidak bermaya. 

Hasil siasatan pihak polis, ini bukan kali pertama Revan didera sebaliknya dia sememangnya kerap dipukul oleh bapanya namun kekerasan itu tidak pernah dilaporkan. Sementara itu, kedua ibu bapa mangsa menyatakan Revan kerap dipukul kerana dia terlalu nakal dan suka mencuri. 

Mengikut pengakuan kedua orang tuanya, mangsa ini dikatakan anak yang nakal dan sering mencuri. Tetapi bagaimanapun, kekerasan terhadap anak di bawah umur tidak boleh dilakukan. Lagi pula dalam hal ini kita sebagai orang tua tetap ada salah kalau anak itu nakal, ujar Pegawai Perhubungan Awam Polis Pelalawan Iptu Edy Haryanto. 

Hasil siasatan lanjut seterusnya mendapati hanya mangsa yang sering dipukul secara keterlaluan. Tidak adik beradiknya yang lain. Selepas kes ini berlaku, mangsa kemudiannya dijaga dan diasuh oleh Ketua Polis Pelalawan, AKBP Indra Wijatmiko. 

Entah kenapa hati saya sedih melihat keadaan anak ini. Saya akan menjadikannya sebagai anak kandung saya.

 

Hampir setahun berlalu, Revan yang dahulunya kurus, tidak bermaya dan badan penuh luka, kini berubah menjadi kanak-kanak yang sihat dan ceria di bawah jagaan ketua polis dan isterinya. Revan turut memasang cita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis apabila dewasa kelak.

Tulisnya di akaun media sosial Instagram,

Om dan Tante. Doakan supaya aku bisa jadi polisi seperti papa Indra. Aku ingin berbakti pada tanah airku Indonesia tercinta dan menjadi polisi yang hebat.

Dalam banyak komen yang mendoakan kanak-kanak itu, doa dari lelaki yang sudi menjaga dan mendidiknya, Indra Wijatmiko ternyata paling mendapat perhatian. Tulisnya,

Untuk Revan : Abi berharap ke depan anakku menjadi anak yang mempunyai jiwa besar dan selalu menghargai sesama. Amin. Amin. Amin.



Post a Comment

0 Comments